Pemeriksaan Darah Lengkap

Efficiency Is Our Top Priority

Pemeriksaan Darah Lengkap

March 7, 2018 Kesihatan 0

Ujian darah lengkap atau lebih dikenali sebagai ujian Full Blood Count (FBC) adalah ujian yang paling kerap dilakukan di hospital untuk mengetahui jumlah pengiraan komponen darah atau sel-sel darah yang beredar dalam aliran darah seperti sel darah merah (eritrosit/RBC), sel darah putih (leukosit/WBC), dan platelet (trombosit) sama ada berada dalam julat normal atau abnormal.

Antara komponen pengiraan darah lengkap yang terlibat ialah :

  • RBC : Membekalkan oksigen dan nutrien kepada sel-sel di dalam badan.
  • WBC : Melawan infeksi atau penyakit.
  • Platelet : Membantu proses pembekuan darah.
  • Hemoglobin (Hb) : Protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen.
  • Hematokrit (Hct) : Nisbah sel darah merah kepada kandungan plasma atau cecair dalam darah.
  • Mean Corpuscular Volume (MCV) : Purata saiz sel darah merah. Nilai MCV yang tinggi menunjukkan kehadiran sel-sel darah merah bersaiz lebih besar daripada saiz normal dan juga sebaliknya jika nilai MCV rendah.

Pengiraan komponen darah yang tinggi atau rendah daripada nilai julat normal boleh menunjukkan kehadiran pelbagai jenis penyakit kerana keputusan ujian darah lengkap dapat menggambarkan status kesihatan pesakit secara keseluruhan. Dengan itu, doktor dapat melakukan penilaian selanjutnya untuk mengetahui penyakit yang dihidapi pesakit tersebut.

Picture of Full Blood Count Interpretation

Julat Normal Komponen Ujian Darah Lengkap

Sebagai contoh, penurunan jumlah platelet atau trombosit secara mendadak menunjukkan tanda-tanda pesakit menghidapi penyakit demam denggi. Hal ini terjadi kerana secara fisiologinya, virus denggi akan menyerang platelet di dalam saluran darah yang menyebabkan pembekuan darah tidak dapat berlaku secara normal lalu mengakibatkan pembocoran saluran darah. Oleh sebab itu, pesakit demam denggi mempunyai tanda-tanda atau simptom bintik-bintik merah pada permukaan kulit disebabkan pembocoran saluran darah. Berdasarkan keputusan platelet yang diperoleh, ia membantu doktor untuk melakukan pemeriksaan ujian denggi selanjutnya bagi memastikan penyakit tersebut.

Julat Normal Komponen Ujian Darah Lengkap

Begitu juga dengan penyakit-penyakit sel darah yang lain seperti anemia iaitu kekurangan sel darah merah di dalam darah dan leukemia iaitu sel darah putih yang berlebihan di dalam kilang limpa. Penyakit-penyakit tersebut boleh dikesan secara awal melalui pemeriksaan darah lengkap. Ujian darah lengkap dilakukan bersama pemeriksaan darah yang lain untuk mengetahui kondisi kesihatan pesakit dan juga untuk mengawasi keadaan pesakit yang menerima rawatan. Sampel darah pesakit akan diambil menggunakan tiub EDTA berwarna ungu oleh doktor atau jururawat dan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.

Ingin mengetahui status kesihatan anda secara keseluruhan ?

Pakej Pemeriksaan Darah dan Ultrasound.

Kami di Chenang Clinic menawarkan promosi pakej perkhidmatan pemeriksaan darah lengkap dan juga ujian pemeriksaan darah lain seperti ujian kencing manis, kolesterol, fungsi hati, fungsi ginjal, uric acid/gout, dan juga ujian air kencing bernilai RM 85.00 sahaja.

Anda boleh mendapatkan keputusan ujian seawal 2 hari selepas pengambilan sampel darah. Untuk melakukan pemeriksaan darah anda boleh terus ke cawangan Chenang Clinic di Kuah atau Pantai Chenang atau hubungi 04-9661418 dan terus berhubung dengan staff kami untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.