Siapa yang sesuai guna Implanon?

Sejenis alat plastik kecil berbentuk rod yang mengandungi hormon sintetik progestin.

Bersaiz lebih kurang sebesar batang mancis.

Panjang 40mm (4cm)

Diameter 2mm

Diperbuat dari plastik (ethylene vinylacetate copolymer)

Dipasang di bawah kulit (subdermal) di bahagian pertengahan lengan dan hormon dikeluarkan beransur-ansur



Cara Implanon berfungsi bagi mencegah kehamilan:

Hormon dikeluarkan secara perlahan-lahan untuk:

Mencegah ovulasi.

Menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma.



Bila waktu sesuai untuk anda pasang implanon:

Bagi yang ada haid (teratur).

    • Implan boleh dipasang dalam masa 5 hari permulaan haid (hari 1-5 haid)

    • Jika sudah lebih hari ke 5 haid, implan boleh juga dipasang, TETAPI kita perlu elakkan hubungan bersama suami atau menggunakan kontraseptif tambahan (contohnya kondom) untuk tempoh 7 hari pertama selepas pemasangan implan.

Bagi mereka yang mempunyai haid tidak teratur atau tidak datang haid

Doktor akan pastikan anda tidak hamil.

Kemudian implan boleh dipasang TETAPI anda perlu elakkan hubungan bersama suami atau menggunakan kontraseptif tambahan (contohnya kondom) untuk tempoh 7 hari pertama selepas pemasangan implant



Cara penggunaan Implanon:

Rod implan dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun.



Faedah penggunaan Implanon:

Sangat berkesan.

Selamat.

Mudah.

Memberi kesan jangka panjang.

Tidak mempengaruhi hubungan seksual.



Keberkesanan Implanon:

Berkesan hampir 100%



Soalan lazim berkenaan perancang keluarga:



Selepas bersalin perlukah saya tunggu hingga datang haid untuk mulakan kaedah perancang kehamilan?

Tidak perlu, kerana kebanyakan kaedah kontraseptif boleh dimulakan seawall 6 minggu selepas bersalin, bergantung kepada kaedah dan keadaan individu

Secara umum berapa jangka masa untuk menjarakkan kehamilan?

Secara umum, jarak kehamilan ialah 2 tahun. Tetapi, bagi ibu yang mempunyai masalah kesihatan, anda perlu berbincang dengan doktor.



Disediakan oleh: Dr Ku Nurmahirah binti Ku Ahmad Nasir



Rujukan:



Keluargaku yang sihat dan ceria, Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM 21-22June 2001 Family Planning program guideline

WHO 1998 Health workers’ manual on FAMILY PLANNING OPTIONS